SINGAPURA 19 Jun - Filipina meminta pihak berkuasa Singapura mengambil tindakan ke atas seorang penulis blog yang menggalakkan rakyat negara ini bertindak biadab terhadap pekerja Filipina.
Blog yang bertajuk, Filipino infestation in Singapore - 5 point guide to showing displeasure without breaking the law (Kebanjiran orang Filipina di Singapura - 5 cara untuk menunjukkan rasa tidak senang tanpa melanggar undang-undang) itu dipaparkan pada hujung bulan Mei lalu, namun blog tersebut telah ditutup.
Blog itu ditulis tanpa menyatakan nama dan telah disebarkan secara meluas menerusi laman web media, menyebabkan Kedutaan Filipina di Singapura menggesa kerajaan untuk tindakan segera.
Menurut media tempatan, polis sedang menjalankan siasatan terhadap hal tersebut, namun butiran lanjut tidak dimaklumkan. - AGENSI
0 comments: