Hari ni saya nak share satu artikel Islamik berkenaan orang yang dianggap kejam dalam Islam. Kadang-kadang kita tak sedar akan perkara ini tetapi banyaknya bukan tak sedar, tapi saja buat tak endah akan hal ini. Sama-sama kita renungi, semoga memberi manfaat buat kita semua. In Shaa Allah..
- Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
- Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
- Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
- Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
- Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
- Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
- Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
- Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
- Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
- Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang dinyatakan diatas. Mana yang baik itu datang dari-Nya dan mana yang terkurang itu pula adalah atas kelemahan saya sendiri.
P/S: Anda dinasihatkan agar merujuk kepada mana-mana ustaz yang berkelayakan sekiranya terdapat mana-mana kenyataan yang kurang memusakan anda. Perkongsian diatas adalah atas pembacaan dan pencarian penulis di internet.
0 comments: